Saturday, December 4, 2010

KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

Allahumma shalli `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad
Allahumma baarik `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah sejahtera kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Ya Allah, limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Banyak kelebihan yang Allah SWT berikan kepada sesiapa sahaja yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Antaranya :

Memperolehi limpah rahmat dari Allah
Ditulis sepuluh kebajikan
Dihapuskan sepuluh kesalahan
Diangkat sepuluh darjat
Memperolehi kesempurnaan iman
Menjauhi dari kerugian dan penyesalan
Tergolong sebagai orang-orang yang soleh
Mendekatkan diri kepada Allah SWT
Memperoleh syafaat Nabi SAW
Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
Terselamat dari kebingungan di hari kiamat
Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
Terhindar dari kefakiran
Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad SAW
Memperolehi keberkatan dalam hidup
Terhindar dari orang-orang bakhil
Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT
Memudahkan jalan bagi memasuki syurga
Menjadi zakat dan pembersih diri
Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit
Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi
Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar
Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat
Terkabul segala hajat dan cita-cita

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...