Thursday, December 29, 2011

25 AMALAN MEMBAWA KE SYURGA


JAUHI 17 AMALAN YANG MENDAPAT SIKSA KUBUR


Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”

2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

3. Solat tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.

4. Berdusta. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”

5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

6. Tidak mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”

7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

8. Mencuri. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Berkhianat. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

10. Menfitnah sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Makan riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

12. Tidak menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)

13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)

15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’ Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].

17. Mati dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, “Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan seksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.” Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa.

Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya. Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, sentiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah

2. Mati syahid di jalan Allah

3. Membaca surat Al-Mulk

4. Meninggal kerana sakit perut

5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.

Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya.

Friday, September 9, 2011

CIRI-CIRI AHLI SYURGA

Bismillahirrahmanirrahim

Kita bershukur kerna dapat merasa pelbagai nikmat dari Allah, nikmat hidup. Dan tiba masanya, suatu hari, kita akan pergi meninggalkan dunia. Sebagi orang beriman, kita kena faham dan yakin, pasti akan ditanya oleh Allah, bagaimana kita memanfaatkan umur yang Allah sudah bagi pada kita? Cukupkah sudah amal kita? Bagaimana untuk mendapat syurga dan menghindar dari neraka bila tiba akhirat nanti? Hanya Allah saja tahulah siapa yang layak untuk masuk shurga, bukanlah hak kita untuk menghakimi, walaupun amalan zahirnya menjanjikan shurga. Banyak contoh-contoh telah disebut di zaman Rasulullah saw.

Firman Allah: Sesungguhnya barangsiapa yang akan kembali pada Allah, dalam keadaan melanggar hukum, maka untuknya neraka jahanam, iaitu mati pun tidak, hidup pun tidak (sungguh menakutkan azab neraka, terus menerus di azab). Dan barangsiapa yang kembali pada Tuhannya, dalam keadaan beriman, dan ia telah melaksanakan amal-amal soleh, maka orang-orang ini, untuk mereka darjat dan martabat yang tinggi dan mulia disisi Allah. Iaitu syurga-syurga yang mengalir sungai, dan kekal mereka didalamnya, dan itulah balasan bagi mereka yang mensucikan diri.

Firman Allah: Telah berjaya lah orang-orang yang beriman. Itu janji Allah! Sungguh Allah tidak memungkiri janji.

Ciri-ciri Ahli syurga

1. Orang-orang yang beriman, iaitu dalam solat, mereka khushuk. Khusyuk bermakna, hati dan jiwa mereka hanya tertumpu kepada Allah, bukan pada dunia. Juga bermakna, bila solat merasa keagungan Allah, dan merasa rendahnya diri. Dan juga, khushuk bermakna solat sungguh-sungguh. Maka, tengoklah pada diri. Khusyuk kah kita? Dimana hati dan fikiran kita dikala kita sebut "Allahu Akhbar"? Ingat, kita ni tak punya apa-apa. Kalaulah kita antara yang kaya, apalah kekayaan kita dibandingkan dengan kekayaan Allah? Kalaulah kita orang yang berpangkat tinggi, apalah makna pangkat itu bila dibandingkan dengan tingginya pangkat dan darjat Allah? Kekayaan dan pangkat itu adalah hak Allah, bukan hak kita. Ingatlah, solat itu amat penting dalam kehidupan kita, jangan ambil ringan. Solat memainkan peranan dalam diri kita. Firman Allah: Solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran. Sebab itu, solat diletak tempat pertama. Kalau solat dijaga, InshaAllah, perkara lain akan turut dijaga tanpa masalah. Solat itu seperti software dalam diri kita. Kalau tidak di upgrade, akan jadi masalah satu hari. Jadi, bila sudah solat, tolak tepi hal-hal dunia. Tumpu sepenuh perhatian kepada Allah. Ada orang, makin solat,makin sombong, makin megah. Rasulullah bersabda: Orang yang ada perasaan sombong walau sekecil biji sawi, akan masuk neraka.

2. Mereka yang berpaling dari perkara sia-sia (perkara lara), apalagi perkara-perkara dosa. Maknanya, jangan suka buang masa. Dua nikmat yang ramai orang kerugian, waktu sihat dan waktu lapang.

3. Dan mereka yang melaksanakan dan menunaikan zakat. Orang-orang yang bertakwa adalah orang yang berlumba-lumba melakukan amal jariah, bersedekah, wakaf dll. Orang yang membayar zakat, akan mengajar supaya tidak cintakan dunia. Cinta dunia akan membuatkan hati lemah. Hadis Nabi: Tak lama lagi, sampai satu masa, kamu akan dikeroyok oleh bangsa dan umat yang lain. Diketika itu, kamu akan ramai bagai berbuih-buih di lautan. Umat Islam di akhir zaman, bukan sebab kita sikit, tetapi kerna kita banyak tapi lemah. Semuannya berpunca daripada cinta dunia, dan benci nak mati. Sebab itu, jangan sampai terbit dihati, cintakan dunia. Jangan sampai harta itu bermaharajalela dalam hidup kita. Banyak harta, Alhamdulillah, tapi jangan sampai disemat dalam hati.

4. Mereka yang memelihara alat-alat kemaluan mereka, kecuali yang dihalalkan oleh syarak. Ujian nafsu dan shahwat perlu dijaga. Sebab itu dalam Islam, Allah sudah kata, jangan kamu dekat pun dengan zina. Allah tak kata, jangan berzina. Nabi pun sudah kata, kalau berdua, pasti ada yang ketiga, iaitu shaitan. Berkaitan dengan berpegang tangan dengan yang bukan mahram, kalaulah kepala kami dicucuk dengan besi panas, itu lebih baik daripada memegang kulit yang bukan halal untuk kita. Haram adalah haram. Kita lupa pasal barakah. Ingat, barakah amat penting. Allah beri barakah pada yang mereka yang taat kepada Allah.

5. Firman Allah: Mereka yang menjaga dan memelihara dua perkara, amanah dan janji mereka. Amanah harta, amanah orang, semuannya. Ciri-ciri orang yang munafik, bila cakap, ia berbohong; bila janji ia mungkir; dan bila diberi amanah, ia khianati. Sesungguhnya orang yang munafik, akan dimasukkan dalam neraka. Cuba ingat semula, adakah amanah atau janji yang belum kita tunaikan? Sampaikan Nabi kata, apabila anak kamu menangis, dan kamu pujuk dengan sebutir kurma, maka tidak kamu tunaikan, maka akan dicop dalam hati, sebagai orang yang munafiq. Begitu sekali pentingnya janji. Nauzubillah. Hubungan dengan Allah, kena jaga. Begitu juga hubungan sesama manusia juga amat penting. Kena jaga.

6. Mereka yang memelihara solat-solat mereka. Jangan tinggalkan solat, walau dalam apa keadaan sekalipun. Jangan ada annual leave, melainkan yang menurut syarak. Bukannya berdasarkan mood, misalnya. Jangan ada excuse untuk meninggalkan solat. Dan kepentingan solat ini dapat dilihat apabila perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti adalah solat. Wallahu'aklam bisawabb~~

Wasalam


Monday, August 29, 2011

RINDU

Ya Allah Jemputlah Aku Sekali Lagi Sebagai TetamuMu.....

Sunday, July 31, 2011

KELEBIHAN SURAH AL-MULK



Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"


Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Diantara kelebihan-kelebihan Surah ini adalah:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Monday, May 23, 2011

MENCAPAI HATI YANG ISTIQAMAH

Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.



Keburukan dan kemaksiatan ini bisa datang karena hati seseorang dalam keadaan lengah dari dzikir kepada Allah. Ibnul Qoyyim al-Jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu lengah dari dzikir kepada Allah, maka setan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya setan ke dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”

Oleh karena itu, hati seorang mukmin harus senantiasa dijaga dari pengaruh setan ini. Yaitu, dengan senantiasa berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Upaya inilah yang disebut dengan Istiqamah.

Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang senantiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan.” Lebih lanjut beliau mengatakan, “Hati yang istiqamah adalah jalan menuju keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, maka malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap adzab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”

Ma’asyiral muslimin rakhimahullah!
Ada banyak cara untuk menggapai hati yang istiqamah ini. Di antaranya: pertama, meletakkan cinta kepada Allah SWT di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan butuh perjuangan keras. Karena, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami benturan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, entah itu kepentingan orang tua, guru, teman, saudara, atau yang lainnya. Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya.

Padahal, Allah SWT telah menegaskan bahwa siapa yang lebih mencintai sesuatu selain Allah, maka ia justru akan tersiksa dengan rasa cintanya itu. Siapa yang takut karena selain Allah, maka ia justru akan dikuasai oleh rasa takutnya itu. Siapa yang sibuk dengan selain Allah, maka ia akan mengalami kebosonan dan siapa yang mendahulukan yang lain daripada Allah, maka ia tidak akan mendapatkan keberkahan dari-Nya.

Kedua, membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah SWT. Allah SWT berfirman yang artinya, “Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah.” Ulama dalam menafsirkan ayat ini mengatakan, “Mengapa kalian tidak takut akan kebesaran Allah.”

Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.

Ketiga, senantiasa berzikir kepada Allah. Zikir adalah wasiat Allah kepada hamba-hamba-Nya dan wasiat Rasulullah kepada ummatnya. Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam kesibukan, maka Aku akan mengingat-Nya dalam kesibukan yang lebih baik darinya.” (HR Bukhari).

Keempat, Mempelajari kisah orang-orang saleh terdahulu. Hal ini diharapkan agar kita bisa mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan.

Allah SWT berfirman, “Sungguh dalam kisah-kisah mereka terdapat ibrah (pelajaran) bagi orang yang memiliki akal, ….”

Kelima, senantiasa berpikir tentang kebesaran ciptaan Allah. Allah SWT memiliki ciptaan yang indah dan besar. Dengan memikirkan ciptaannya diharapkan bisa menyadari betapa besar kekuasaan Allah terhadap ciptaan-Nya itu. Allah SWT berfirman, “Wahai manusia, telah diberikan kepada kalian beberapa permisalan, maka dengarkanlah (perhatikanlah) permisalan itu. Sesungguhnya orang-orang yang engkau seru selain Allah, mereka tidak akan mampu untuk menciptakan lalat, meskipun untuk melakukannya itu mereka berkumpul bersama�.”

Demikianlah beberapa hal yang akan mengantarkan kita kepada hati yang istiqamah. Dan mudah-mudahan saja kita bisa mendapatkannya

MENJAGA LISAN

~Buat peringatan diri sendiri & juga kita semua~

Setiap ucapan Bani Adam itu membahayakan dirinya (bukan memberi manfaat), kecuali kata-kata berupa amar ma’ruf nahi mungkar ( memerintahkan kebaikan, melarang kemungkaran) dan Dzikrullah Azza wa Jalla (mengingat Allah Azza wa Jalla). (HR Tirmidzi)

Mengapakah pada saat-saat beribadah kepada Allah, kita sering tidak merasakan kekhusyukan, apalagi sampai dapat menitikkan air mata, sehingga hampir tidak pernah terasakan lagi lezat dan nikmatnya menghadap Allah?


Ternyata semua itu berpangkal dari hati yang kesat dan kotor. Di dalam hati yang demikian memang tak akan pernah bersemayam nuur (cahaya) iman yang sesungguhnya.


Akibat lain dari memiliki hati yang busuk, kusam, kusut, dan kotor adalah tidak akan pernah mampu kita melahirkan kalimat-kalimat lisan yang benar dan bermutu. Tiap-tiap kalimat yang keluar dari lisan, kata Syeikh Ibnu Atha’illah, pastilah membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya. Betapa tidak? Hati itu bisa diibaratkan dengan teko. Teko hanya mengeluarkan isinya. Bila ia berisi air kopi, maka yang keluarpun pastilah air kopi. Demikian pula jika isinya air bening, maka yang keluar pun pstilah air bening,


Terjadinya lisan seseorang menghamburkan kata-kata kasar, menyakitkan, jorok, dan sia-sia, semua itu, tidak bisa tidak, bersumber dari hati yang tidak beres. Seseorang yang hatinya tidak selamat akan sangat sulit mengendalikan lisannya. Apa saja yang terlihat di depan matanya niscaya akan membuat lidahnya gatal untuk segera berkomentar, terlepas dari komentarnya itu bermutu atau tidak, bermanfaat bagi dirinya atau tidak, ada yang mendengarkan atau tidak. Jelas, tak akan pernah disadari bahwa perkataaanya mungkin bisa sisa-sia.


Bahakan tidak jarang pada akhirnya sang lisan jadi tergelincir ke dalam perbuatan ghibah karena hanya gemar menyelisik kekurangan dan air orang lain. Bilapun perkataannya didengar oleh orang yang dinilainya, maka jadilah ia perkataan yang menganiaya dan menyakiti perasaannya. Bahkan tidak jarang pula lebih meningkat lagi daripada itu, yakni fitnah! Padahal, sungguh pandangan manusia itu amat terbatas untuk menilai kebaikan atau keburukan seseorang.


Perkataan yang kurang bermutu dan hampa maknsa bisa juga keluar dari lisan seseorang yang didasari oleh hati yang tidak ikhlas. Ini bisa terjadi pada siapa saja. Adalah ia seroang sahabat, guru, atasan, bahkan mubaligh atau orang tua sekalipun. Mengapa ada seorang anak yang habis-habisan dinasihati oleh orang tua atau gurunya, tetapi tetap saja berkelakuan buruk? Jawabnya, mungkin karena mereka tidak menasihatinya dengan hati yang benar-benar tulus semata-mata ingin membimbing sang anak ke jalan yang benar. Mungkin nasihat itu keluar dari lisannya seraya hatinya penuh diselimuti nafsu amarah.


Mengapa pula seorang mubaligh telah habis-habisan berceramah menyampaikan kebenaran, tetapi toh tak membekas sama sekali di hati para jamaahnya? “kemungkinan yang demikian itu dari engku sendiri,” kata Muhammad bin Wasi’, seorang ulama ahli ma’rifat. Sebab, kata Wasi’, bila nasihat itu keluar dai hati yang ikhlas, pastilah masuk ke dalam hati. Sebaliknya nasihat yang hanya berupa gubahan lidah dan reka-rekaan belaka, ia akan masuk dari telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Sebagus apa pun kata-kata yang terucap, bila keluar dari hati yang riya, sum’ah (sekedar mencari popularitas), ujub, atau takabur, maka ia taka akan pernah mampu menghunjam ke dalam lubuh hati pendengarnya.


Lidah memang tak bertulang. Mengeluarkan kata-kata yang bagimanapun dari lisan sungguh termat mudahnya. Akan tetapi, apa dampaknya dan bagaimana akibatnya, itulah yang sering tidak terpikirkan. Sepatah kata yang terucap sama sekali tidak akan membuat tubuh seseorang terluka, namun siapa yang tahu kalau justru hatinya yang tersayat-sayat. Atau sebaliknya, sepatah kata yang terucap, justru malah menjadi penyebab si pengucapnya mendapat celaka ataupun selamat, baik ketika di dunia maupun di akhirat kelak.

Rasulullah saw bersabda, “setiap ucapan Bani Adam itu membahayakan dirinya (bukan memberi manfaat), kecuali kata-kata berupa amar ma’ruf nahi munkar dan Dzikrullah ‘Azza wa Jalla!” (HR Trimidzi)


Karenanya, jangan heran kalau hanya disebabkan sepatah dua patah kata saja yang terlontar dari mulut bisa terjadi perkelahian, dua orang saudara bisa bermusuhan, bahkan membuat seseorang mendekam di balik terali besi. Sebaliknya, tidak perlu heran pula bila berkat satu dua patah kata seseorang bisa selamat dari malapetaka yang akan menimpanya.


Apalagi balasan yang akan menimpa kita di akhirat kelak sebagai akibat terpelihara atau tidaknya lisan. “Barang siapa yang memelihara apa yang ada di antara janggutnya (yakni lisannya) dan apa yang ada di antara kedua pahanya (yakni farjinya) karena aku, “ sabda Rosulullah, “niscaya akan kujamin dia masuk surga” (HR Bukhari). Sesungguhnyalah, “Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah dua lubang, yaitu mulut dan farji” (HR Tirmidzi).Dengan demikian, hendaknya kita selalu berhati-hati dengan lisan. Setiap kata yang hendak diucapkan hendaknya terlebih dahulu dipikirkan masak-masak. Sekiranya kata-kata yang akan terucapkan itu tidak ada manfaatnya, sebaiknya kita memilih diam. Rosulullah saw bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia mengucapkan kata-kata yang baik atau diam” (HR Bukhari Muslim)


Lidah, tanda tenaga dan tanpa biaya bisa kita gerakkan setiap saat. Barang siapa di antara kita terlampau banyak bicara, akan sangat cepat mengeraskan hati. Orang yang paling beruntung di dunia ini adalah “fal yaqul khairan au liyashmut” – orang yang sangat bisa memperhitungkan setiap kata-kataya. Barang siapa yang berpiirnya lebih banyk daripada bicaranya, insyaAllah, kata-katanya akan membersihkan hati.


Hati yang selamat, Subbanallah, siapapun pasti merindukannya. Hati yang selamat tidak ahanya akan menyelamatkannya di dunia, tetapi juga di yaumil hisab nanti. Yakni, “Yauma laa yanfa’u maalun walaa banuun, illaa man atallaaha bi qalbin saliim” (QS Asy Syu’ara [26] : 88-89). Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak lagi bermanfaat, kecuali hati yang selamat!
Dari Buku Bening Hati KH Abdullah Gymnastiar oleh Basyar Isya

Thursday, May 12, 2011

PERNAHKAH KITA SEBAK MENANGIS MENGINGATI ALLAH

Doa menghubungkan seseorang hamba kepada ALLAH. Banyakkanlah berdoa, kerana semakin bertambah permintaan yang dilafazkan kepada ALLAH, insya ALLAH kasih sayang-Nya turut bertambah. Pada masa berdoa, menangislah dengan sepuas-puasnya kerana tangisan itu sedang dilakukan di hadapan ALLAH s.w.t.

Assalaa mu'alaikum w.b.t.,

Pernahkah Kita Sebak Menangis Mengingati ALLAH?


Kita semua dibekalkan fitrah berperasaan. Ada kalanya gembira bertakhta di hati, ada masa yang lain pula sedih bertandang.


Menangis pula sering dihubungkan dengan perasaan sedih, takut, dan bimbang. Tidak kurang juga yang menangis kerana kegembiraan.


Kita sebagaimana manusia biasa pun semestinya pernah menangis. Ini suatu kebiasaan.


Apakah sebabnya kita menangis? Ada banyak sebabnya.


Satu soalan yang kita tujukan kepada diri sendiri, pernahkah kita sebak menangis mengingati ALLAH?


Kita dipujuk untuk sentiasa melatih diri untuk membiasakan tangisan mengingati ALLAH. Tangisan sebegini adalah tidak sia-sia. Diri dipupuk untuk mengagungkan-Nya.

Rasulullah s.a.w. sendiri menangis mengangungkan ALLAH s.w.t.


Rasulullah s.a.w. sendiri kerap menangis mengagungkan ALLAH, mengenangkan bencana dan azab ALLAH yang akan ditimpa kerana kemungkaran umat Baginda s.a.w.


Begitu juga sebaik-baik generasi yang dididik oleh Baginda s.a.w. sendiri, tangisan menjadi kebiasaan bagi mereka dalam hal-hal yang menghubungkan diri kepada ALLAH.


Susah Nak Menangis, Hati Masih Ada Tak Kena


Andai rasa susah untuk menangis, mesti ada yang tak kena dalam hati kita. Ada yang masih kotor dan belum dibersihkan.


Tangisan Istimewa, Datang daripada Hati Bersih yang Benar-benar Mengagungkan ALLAH s.w.t.


Tangisan yang istimewa ialah tangisan seorang hamba yang benar-benar datang dari dalam hatinya, kemudian berderai-derai air mata mengalir. Basah kelopak mata, hidung dan pipi. Tangisan ini tidak dapat lagi dikawal apabila sudah dikuasai perasaan khasyatullah (takut akan ALLAH), benar-benar berharap ALLAH sudi memandang kepadanya, mendengar dan menjawab pengaduan yang dibuat. Tangisan sebegini tidak dapat ditahan lagi apabila hati sudah benar-benar tertumpu bagi ingatan kepada ALLAH.


Dosa Terlalu Banyak, Masih Tidak Selesai, Tidak Terhitung, Bak Gunung yang akan Menghempap Diri


Ingatan kepada ALLAH itu benar-benar membawa dirinya jauh mengakui kelemahan diri. Mengakui dosa-dosa yang dilakukan pada masa silam dan akan datang. Dosa-dosa itu pula tidak terhitung, besar bak gunung yang akan menghempapnya.


Diri kemudiannya terasa seolah-olah sekejap sahaja lagi akan dibawa kepada penyeksaan. Penyeksaan baik di kubur atau di neraka, sebagai balasan kepada segala dosa dan perbuatan yang telah dilakukan.


Air mata pun bertambah deras. Mengingatkan masa-masa lepas yang dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Sesal, sungguh kesal. Kesal kerana setiap nafas yang telah diberikan ALLAH itu sungguh berharga. Lebih bernilai daripada daripada dunia dan seisinya.


Selamat atau Tidak Selepas Alam Dunia?


Teresak-esak menangis. Mengenangkan nasib diri setelah berangkat meninggalkan alam dunia ini. Sangat kuat hati menjerit, bertanya: "Adakah aku akan selamat atau tidak?"


Pengadilan ALLAH, Sudah Tidak Mampu Lagi Menafikan Bukti yang Tersimpan Rapi


Hati terus kuat menangis, air mata terus mengalir. Teringat khabar yang telah dibawa Nabi Muhammad s.a.w. . Suasana kebangkitan dan pengadilan di mahsyar nanti penuh dengan ketakutan dan kegusaran. Semuanya akan diadili oleh Qodhi Rabbul Jalil. Amat teliti. Tiada satu apa pun akan terlepas. Semuanya ada balasan setimpal.


Takut, sungguh takut. Adakah amalan yang dibawa diterima oleh Allah? Atau amalan tersebut menyebabkan diri terhumban ke dalam neraka.


Memang banyak. Lebih banyak ingatan sebegini, maka lebih panjang tangisan itu.


Kemuncaknya, Benar-benar Mahu ALLAH Mengampunkan dan Menyelamatkan Diri


Antara kemuncak dalam tangisan itu, hati memang menjerit-jerit meminta ALLAH mendegar permohonan dan memperkenankannya. Diminta supaya diselamatkan diri, ahli keluarga serta umat Islam lain daripada segala bahaya dan seksaan di akhirat. Kerana ALLAH s.w.t. sahaja yang berkuasa dan layak melaksanakannya.


Sabda Baginda s.a.w. , terjemahannya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:


Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada ALLAH, sehingga air susu itu kembali ke susu, dan tidaklah berkumpul debu di jalan ALLAH dan asap Jahannam.


Hadits Riwayat At-Tirmidzi dan ia berkata, hadits hasan shahih
.
*Hadits dipetik daripada kitab Tujuan Hidup Para Sufi, Syeikh Muhammad Al-Ghazali.

Itulah ketinggian tangisan kerana takutkan ALLAH s.w.t. !

SOLAT MALAM BAGI MENGELAK KESUNYIAN KUBUR



Pada setiap malam, pada 1/3 penghujungnya adalah antara waktu yang paling hampir bagi seseorang memohon pengampunan dan keselamatan daripada Allah s.w.t. Ada disebutkan dalam hadits bahawa Allah s.w.t. bersedia mendengar permohonan hamba-Nya pada setiap malam waktu 1/3 akhir.

Menunaikan Solat Dua Raka'at Pada Waktu Malam Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur

Oleh Al-Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Penda'wah.

Pesanan Rasulullah s.a.w. adalah menggalakkan umatnya mendirikan solat malam. Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa keutamaan 'ibadah solat pada waktu malam amat besar dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Baginda menyatakan:


وصل ركعتين في ظلمة الليل لو حشة القبور


Maksudnya:

"Tunaikanlah solat dua raka'at dalam kegelapan malam, demi kesunyian di kubur."

Solat ialah penggerak utama kebangunan Nubuwwah. Hal ini bermula dengan (يا ايها المزمل) dan berakhir dengan (يا ايها المدثرقم فانذر).

Solat malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang 'ibadah. Solat malam membekalkan para mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan hebatnya. Itulah kurniaan Allah dan pemberian-Nya. Kenyataan ini diperkuatkan oleh firman Allah:

Maksudnya:

"Sesungguhnya jiwa (orang) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya) dan lebih jitu kata-katanya."


Surah Al-Muzzammil: ayat 6

Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika pernah menjelaskan keutamaan dan fadhilat solat malam. Baginda s.a.w. menyatakan yang maksudnya berbunyi:


"Hendaklah kalian mengerjakan solat pada waktu malam, justeru itu ialah amalan orang-orang soleh sebelum kamu dan yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu. Ia penebus segala dosa, pencegah daripada segala keburukan. Ia dapat menghapuskan penyakit yang ada dalam badan seseorang."


Hadits riwayat Tabarani dan Tarmizi
Diriwayatkan bahawa Jibril datang menemui Nabi s.a.w. . Beliau berkata kepada Baginda s.a.w. yang terjemahannya berbunyi:


"Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu, namun engkau pasti akan mati. Berbuatlah apa yang kau mahu, namun engkau pasti berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang mukmin itu adalah dengan qiamullail (solat malam), manakala kemuliaannya adalah dengan sikap berdikari (tidak bergantung kepada orang lain)."

Hadits Riwayat Tabrani
Dengan huraian ini, jelas kepada kita bahawa solat malam dapat membentuk para da'ie menjadi hamba Allah yang 'Rabbani', kerap berhubung dengan Allah, berjiwa cerah, mempunyai hati yang peka, kewaspadaan yang tinggi serta kekritisan daya berfikir.


Jika seseorang itu tidak bersifat dengan sifat-sifat di atas, maka ia bukanlah da'ie. Bencana yang menimpa Islam kini adalah kerana adanya golongan-golongan penda'wah yang tidak mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan akhlak penda'wah yang sebenar sepertimana yang sewajarnya.


Selain daripada itu solat malam tidak akan dapat dijadikan amalan kebiasaan kecuali dengan menggagahkan diri, melawan syaitan dan nafsu, khasnya pada peringkat awal. Rasulullah s.a.w. dalam menggambarkan dalaman ini pernah bersabda yang terjemahannya berbunyi:


"Apabila seseorang hendak menunaikan solat malam, datanglah malaikat seraya berkata kepadanya: Bangunlah, hari telah pagi, solat dan ingatlah Tuhanmu. Syaitan pun datang memujuknya. Malam masih panjang, engkau boleh tidur lagi, nanti engkau boleh bangun. Kalau ia bingkas dari tempat tidurnya bersolat, maka badannya akan menjadi ringan (cergas) dan sihat. Kalau ia patuh kepada syaitan, tidur hingga ke siang, syaitan akan kencing di dalam telinganya."


Hadits Riwayat Tabrani

Rasulullah s.a.w. mengaitkan antara solat antara solat tengah malam dengan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa di dalam kubur. Baginda s.a.w. mengatakan:

"Orang yang mencerahkan malamnya dengan 'ibadah dan patuh kepada Allah, nescaya Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaan-Nya."

Wahai, alangkah hebatnya kurnia dan ganjaran Allah terhadap hamba-Nya. Dengan beberapa raka'at yang dikerjakan pada waktu malam, ia boleh selamat daripada seksa kubur, kesepian dan kelengannya. Ia akan merasa sejahtera dan damai.


Selamatlah orang-orang yang tidak nyenyak tidurnya kerana 'ibadah. Selamatlah mereka daripada kesengsaraan kesepian dalam kubur. Sesungguhnya suasana di dalam kubur amat sepi dan penuh denga penanggungannya.


Rasulullah s.a.w. pernah membayangkan tentang kubur dan seksanya. Baginda s.a.w. mengatakan yang terjemahannya:

"Kubur ialah anak tangga pertama ke akhirat. Jika seseorang boleh selamat (daripada seksanya), maka peringkat selepas itu akan lebih mudah. Tetapi kalau ia tidak selamat, maka apa yang akan dihadapinya selepas itu lebih payah."


Mujahid mengatakan: "Yang pertama menyapa si mati ialah lubang kuburnya. Ia mengatakan: Akulah rumah ulat dan cacing-cacing, rumah sepi, gelap dan keseorangan. Inilah persiapanku untukmu, apakah pula yang engkau persiapkan untukku?"


Rasulullah s.a.w. menerangkan yang terjemahannya:


"Apabila seseorang manusia meninggal dunia, (setelah dikuburkan) maka datanglah dua malaikat kehitaman dan kebiruan warna mereka. Mereka dikenali sebagai Munkar dan Nakir. Kedua-duanya bertanya pada orang tersebut: Apa katamu (pandanganmu) terhadap Nabi? Sekiranya ia beriman, ia menjawab: Nabi ialah hamba Allah dan Rasul-Nya, saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah. Kedua-duanya lantas berkata: Kami memang tahu, engkau dahulu pun mengucap syahadat itu. Kemudian kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta kali tujuh puluh hasta serta diterangkan kuburnya. Sekiranya ia seorang yang munafiq, ia menjawab: Saya tidak tahu, saya pernah mendengar orang mengatakan sesuatu dan saya mengatakannya. Kedua-dua malaikat itupun berkata: Kami pun memang tahu engkau ada mengata-ngatakan yang demikian. Kemudian diperintahkan kepada bumi supaya menghimpitnya sehingga berselang-seli tulang belulangnya."


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang terjemahannya:
"Apabila seorang itu hendak dihimpit di dalam kuburnya dari sebelah kepalanya, maka datanglah 'ibadat tilawatul Quran (yang telah dilakukan semasa di dunia) menghalangnya. Apabila himpitan itu datang daripada depannya, ia dihalang oleh 'ibadat sedekahnya, dan apabila itu datang dari arah kakinya, ia dihalang oleh ('ibadah) pemergiannya ke masjid-masjid."


Dalam masa yang lain, Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kandungan shahifa Musa. Baginda s.a.w. berkata yang terjemahannya:

"Dalam shahifa Musa, kandungannya penuh dengan ibarat dan pengajaran. Antaranya: Aku merasa aneh terhadap orang yang yakin akan mati tetapi ia bergembira, orang yang yakin dengan neraka tetapi ia masih ketawa, orang yang yakin dengan qadar tetapi masih menolaknya. Aku merasa aneh melihat orang yang menginsafi hakikat dunia dan melihat sendiri akan putaran rodanya terhadap penghuni-penghuninya, tetapi ia masih merasa lega untuk merangkulnya. Aku hairan kepada orang yang yakin dengan perhitungan Allah kelak (Hari Qiamat) tetapi ia tidak berbuat apa."






http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2010/03/solat-malam-bagi-mengelakkan-kesunyian.html

BILAKAH HARTA PERLU DIBELANJAKAN UNTUK KEBAIKAN






Bersedeqah tidak mengurangkan harta kita. Bahkan apa yang disedeqahkan menjadi harta milik kita (pahalanya akan diperoleh dan akan dibawa apabila menghadap Allah kelak). Usah risau kecil atau besar nilai sedeqah itu pada pandangan manusia, kerana pada sisi Allah ada nilaian yang jauh lebih istimewa.

Assalaa mu'alaikum w.b.t.,

Bilakah Harta Kita Perlu Dibelanjakan Untuk Kebaikan?
Harta yang kita miliki adalah kurniaan, pinjaman dan juga ujian kepada kita. Kita dianjurkan untuk membelanjakan harta tersebut pada jalan kebaikan. Sungguh beruntung bagi kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w. yang beriman, seandainya kita membelanjakan harta tersebut untuk jalan Allah semasa berada di dunia ini, sebelum tibanya hari kiamat. Sebelum tibanya hari kiamat di sini juga dapat kita fahami sebagai sebelum nyawa kita diambil oleh malaikat Izrail.

Ada ayat al-Quran berkenaan perintah untuk membelanjakan harta semasa kita masih berada dalam kehidupan di dunia ini.


Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:
Terjemahannya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah sebahagian rezeki yang telah Kami berikan kepada kamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan, dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim."


Surah Al-Baqarah ayat 254
Suruhan dan perintah ALLAH kepada kita dalam Al-Quran pasti mempunyai pelbagai kemuliaan dan ketinggian kedudukannya.

Pelbagai Keistimewaan Dijanjikan kepada Orang Dermawan

1.Syurga ialah Tempat bagi Para Dermawan

Daripada Anas bin Malik r.a. memberitakan Nabi s.a.w. bersabda:

Ertinya:
"Syurga itu ialah negeri bagi para dermawan."


Hadits Riwayat Ibnu 'Adi dan Al-Qudha'i: Marfu'

2.Sedeqah Tidak Mengurangkan Harta

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahannya:


"Tiadalah akan berkurangan harta dengan sebab bersedeqah."


Hadits Riwayat Ahmad dan Muslim




Jika kita berfikir dengan akal pemikiran manusia yang cetek dan terbatas, mungkin janji Allah ini dilihat sebagai pencanggahan dengan norma kebiasaan alam ini.


Hukum manusia mungkin menyatakan sifir harta yang dibelanja dan diberikan kepada orang lain akan berkurangan.


Di sinilah datangnya peranan 'iman dan 'aqidah. Keyakinan yang utuh akan perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di dunia ini pastinya mengatasi kebiasaan akal manusia yang terhad kepada alam dunia.


'Ulama ada menyatakan juga bahawa harta yang dibelanjakan pada jalan ALLAH dan secara halal sebenarnya adalah harta milik kita. Harta yang belum dibelanjakan dengan cara mulia tersebut sebenarnya bukan milik kita, tetapi milik Allah. Harta tersebut menjadi ujian kepada kita.


Bagaimanakah dikatakan harta yang diinfaqkan dengan halal pada jalan ALLAH menjadi harta milik kita? 'Ulama menyebut, harta yang terguna dengan cara tersebut dikurniakan pahala. Pahala tersebut pula akan dibawa untuk pertemuan dengan ALLAH kelak nanti.


Dalam Al-Quran ditegaskan perkaitan antara iman dan 'amal dalam banyak ayat. Iman semata-mata masih belum cukup kepada kita jika tiada 'amal yang menjadi manifestasi, pembuktian iman seseorang itu.


Maka, kita cuba untuk mengamalkannya. Kita meyakini perkhabaran daripada Allah ini, disampaikan melalui lidah Rasul-Nya dengan keimanan yang sejati. Kita cuba buktikan dengan 'amal. Insya Allah, akan tiba satu peringkat terasa kemanisan iman, kepuasan perasaan ruhaniyah hasil daripada gandingan utuh antara iman dan amal.


Seorang murabbi dengan ikhlas dan sangat bermotivasi memberikan nasihat kepada anak muridnya untuk sentiasa mengamalkan sedeqah, walaupun jumlah sedeqah itu kecil. Sesuaikan jumlah sedeqah dengan kemampuan ekonomi kita. Munasabah bagi seorang yang miskin bersedeqah sebanyak 10 sen, sebagai contoh. Namun 10 sen ini tidak munasabah bagi orang yang kaya hartanya.


Lebih dekat lagi untuk konteks pelajar, cuba tanamkan kesungguhan untuk sentiasa beristiqamah dengan amalan bersedeqah. Andai ada sahaja peluang bersedeqah, cuba ambil tawaran istimewa tersebut. Jangan rasa kecil diri, walau sumbangan kita amat kecil jumlahnya, kerana penilaian itu sebenarnya dibuat oleh ALLAH s.w.t yang Maha Adil.


'Ada disebutkan: Sedeqah satu dirham boleh menyaingi sedeqah 1000 dirham, ya'ni sedeqah satu dirham itu dilakukan oleh orang yang miskin tetapi ikhlas, dia melakukan sedeqah itu dengan terbaik pada kemampuannya. Sedeqah 1000 dirham itu pula dilakukan oleh orang yang sememangnya mempunyai kelebihan dalam harta bendanya.

Insya Allah, semoga kita memahami ilmu ini dan mengamalkannya dengan ikhlas dan berterusan hingga akhir hayat.

Ada disebutkan: Belajar ilmu itu urusan kita, memberi faham itu urusan ALLAH.

http://ikhwanzhaki.blogspot.com/search/label/Bekal%20Perjalanan

JANGAN JADI BANGKAI PADA WAKTU MALAM


BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG


Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:


إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”


Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.


Imam Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”


Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:
“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”


SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES


Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujung malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:


ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له


“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`


Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Bayangkan sahabat-sahabat sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.


Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggaplah masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya? Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.


KENCING SYAITAN
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:


ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?


BELENGGU DOSA


Fudail bin Iyad berkata:


إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك


“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”


Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjaga untuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.


PASANGAN YANG BERTAHAJJUD
Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:


إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين
“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua-kedua mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”


Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad ditashihkan oleh Imam Zahabi.


Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena usahakan subuh dahulu barulah tahajud.

Ibnu Mas’ud berkata:


إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن


“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”


TIPU DAYA SYAITAN
Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:


أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه


“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.”


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-sialah hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:


فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى


“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.


Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja-pekerja Islam.


MAHAR BIDADARI
Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata:

"Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada Tuhan.”

Beliau bertanya:

“Apa maharnya?”

Bidadari menjawab:


“ Lama tahajjud.”


Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata:


“ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalik tirai sejak 500 tahun.”


KESIMPULAN

TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG-KADANG KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMA ADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99.


“OH TUHAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, JAUHKAN KAMI DARI DOSA DAN LAYAKKAN KAMI UNTUK BERMUNAJATMU DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DENGAN IKHLAS.”


Rujukan: Al-Muntaqa oleh Qardawi, Lataiful Ma’arif oleh Ibnu Rajab, Sahih Bukhari dan Targhib wat Tarhib oleh Munziri.

Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Artikel ini ditulis oleh Ustaz Salman Maskuri http://akhisalman.blogspot.com/

Monday, May 9, 2011

SAKIT,MUSIBAH UJI TAHAP KEIMANAN


KEHIDUPAN ini kadang-kadang tidak berlangsung dengan baik, menceriakan dan membahagiakan manusia. Ada ketika manusia akan menghadapi saat genting yang membuatkannya tidak dapat melakukan apa-apa.

Dalam saat genting inilah Allah memerintahkan manusia menghadapinya dengan sabar dan tenang sesuai dengan petunjuk-Nya.

Dalam saat genting ini juga, manusia diuji Allah sama ada dia insan sabar dan optimis atau mudah berputus asa serta pesimis.

Sakit adalah antara musibah yang Allah timpakan. Manusia tidak selamanya sihat yang memungkinkan mereka melakukan apa saja.

Tetapi, ada ketikanya manusia akan berdepan dengan musibah sakit tetapi ia bukan azab ditimpakan Allah kerana kemurkaan dan kebencian sebaliknya, ia sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Mungkin timbul persoalan mengapa Allah menghapuskan dosa orang Mukmin yang sedang sakit?

Dapat disimpulkan dua sebab iaitu faktor kesabarannya dan juga sikap optimisnya ketika menghadapi menerima musibah itu.
•Oleh itu, sakit seharusnya dihadapi dan diterima sebagai ujian kesabaran dengan lapang dada dan terbuka. Bukankah Allah selalu menyebut bahawa Dia akan bersama dengan orang sabar, termasuk sabar dalam kesakitan.
Firman Allah yang bermaksud: “…kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

•Kedua, faktor keinsafan dan kesedaran yang mula timbul apabila seseorang jatuh sakit.
Masa sakit pada asasnya satu detik bagi seseorang untuk merenung, mencermin diri dan bermuhasabah terhadap segala perbuatannya yang lalu.

Seorang Muslim sejati akan menjadikan masa sakit sebagai wadah bermuhasabah, sejauh manakah dia menurut segala perintah Ilahi dan menjauhi larangan-Nya pada saat dia sihat.

Sakit juga isyarat bahawa manusia adalah makhluk lemah dan kerdil yang tidak dapat berbuat apa-apa, masih memerlukan hidayah serta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

Dalam menangani musibah sakit, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Bersihkanlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah olehmu musibah-musibah dengan doa (yang ikhlas).” (Hadis riwayat Tabrani)

Demikian nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya berkaitan permasalahan dihadapi umatnya. Dalam hadis itu, Rasulullah SAW memberikan kunci untuk menjalani kehidupan yang mencabar ini.

Harta amat dicari setiap insan di muka bumi ini. Oleh itu, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya mencari harta sebanyak mungkin. Malah, Rasulullah SAW sendiri contoh terbaik sebagai pedagang berjaya.

Namun, Islam mengajar umatnya bahawa harta yang diperoleh tidak akan suci melainkan selepas dikeluarkan zakatnya. Kewajipan berzakat jelas dalam al-Quran.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk); dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.” (Surah al-Taubah, ayat 103)

Sakit adalah sebahagian daripada fasa peralihan kehidupan manusia. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Berubatlah kerana tidak ada satu penyakit diturunkan Allah melainkan diturunkan juga ubat penawarnya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit tua.” (Hadis riwayat Abu Dawud & Tirmizi)

Salah satu daripada penawar sakit adalah memperbanyakkan sedekah kerana setiap sedekah dikeluarkan mengandungi makna keberkatan dan nilai doa, lebih-lebih lagi jika sedekah disumbangkan kepada orang yang benar-benar memerlukan.

Imam Muslim ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa mendoakan orang bersedekah dengan doanya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Rahmatilah mereka”.

Musibah yang menimpa pada hakikatnya akibat berpunca daripada tangan manusia sendiri.

Bukankah Allah sudah berfirman bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang sudah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum, ayat 41)

Justeru, untuk menghindari dan menyelamatkan diri daripada musibah itu, menjadi kewajipan Muslim untuk memperbanyakkan doa supaya Allah melindungi diri kita daripada bahaya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepada-Nya dengan merendah diri (secara terang-terangan) dan secara bersembunyi, dengan berkata: Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini, nescaya jadilah kami dari orang-orang yang bersyukur.” (Surah al-An’am, ayat 63)


http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/07/sakit-musibah-uji-tahap-keimanan-muslim/

TANGISAN KEINSAFAN PEMBERSIH DOSA




Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya

Bangun dan sujud pada tengah malam amalan Rasullah serta sahabat

SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya:

•Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

•Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.
Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?

Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

•Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

INTI PATI

•Seseorang manusia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya, oleh itu letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.
•Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama pada alam kubur. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan yang amat penting. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
•Menangis kerana ingatkan hari perhitungan. Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/06/tangisan-keinsafan-pembersih-dosa/

MENGGAPAI CINTA ALLAH


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati darjat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bererti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.

Pada mulanya, perjalanan cinta seorang hamba menapaki darjat mencintai Allah. Namun pada akhir perjalanan rohaninya, seorang hamba mendapatkan darjat wahana yang dicintaiNya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : /Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”/

Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imum Ibnu Qayyim menuturkan tahapan-tahapan menuju wahana cinta Allah. Bahwasanya cinta sentiasa berkaitan dcngan amal. Dan amal sangat bergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah berlabuh. Itu kerana Cinta Allah merupakan refleksi daripada disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah.

Tahapan-tahapan menuju wahana cinta kepada Allah adalah sebagai berikut:

1. Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah swt. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak bisa ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan “Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas mahluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan semacam itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setelah melakukan ibadah-ibadah fardhu. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah: solat sunnah, puasa-puasa sunnah,sedekah sunnah dan amalan-amalan sunnah dalam Haji dan Umrah.

3. Melazimkan berzikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melalui lisan, kalbu, amal dan perilaku. Kadar kecintaan seseorang terhadap Allahbergantung kepada kadar zikirnya kepadaNya. zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu, selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Menghidupkan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayang-bayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh mahluk. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasulul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab beliau mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5. Menyambungkan musyahadah (menyaksikan) dan ma’rifat (mengenal) Allah s.w.t. Penglihatan kalbunya terarah kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Kesedaran dan penglihatan kalbunya berkelana di taman ma’rifatullah (pengenalan Allah yang paling tinggi). Barang siapa ma’rifat kepada asma-asma Allah, sifat-sifat dan af’al-af’al Allah dengan penyaksian dan kesedaran yang mendalam, niscaya akan dicintai Allah.

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan menghantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah s.w.t. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan menghantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7. Ketundukan hati secara total di hadapan Allah, inilah yang disebut dengan khusyu’. Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan menghantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8. Menyendiri bersama Allah ketika Dia hadir di sanubari. Yaitu saat sepertiga terakhir malam. Di saat itulah Allah s.w.t. turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah, maka iapun akan mendapatkan cinta Allah s.w.t.

10. Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikasi kalbu dan Al-Khaliq, Allah subhanahu wataala.

Thursday, February 3, 2011

MATI SEBAGAI PERINGATAN


Cukuplah mati sebagai peringatan. Hidup di dunia sangat singkat. Ramai yang tidak sempat buat ibadah, derma, wakaf, korban, haji dll kebaikan.


Jika kita baligh umur 15 tahun dan mati ketika 25 tahun. Kita hanya ada 10 tahun beribadah. Amat singkat berbanding umat Nabi Nuh, Ibrahim dan Musa a.s. yang sempat beribadah ratusan tahun. Layakkah kita mendapat keampunan Tuhan dan nikmat syurga? Satu dosa yang Nabi Adam a.s. lakukan, baginda menangis 40 tahun.


Sebenarnya apabila kita mati, kita akan risau tentang amalan dan masa depan akhirat. Apa yang akan dijawab kepada Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apa yang akan dijawab tentang peruntukan masa 10 tahun yg diberikan hidup di dunia. Adakah tidak cukup?


Berlainan dengan apa yang berlaku kepada ahli keluarga dan waris kita. Mereka akan sibuk menguruskan mayat kita, mandi - kafan - solat - kebumikan, bimbang keadaan anak kita, harta yg perlu dibahagi-bahagikan, takaful yang perlu dituntut, kereta yang perlu diselesaikan pinjamannya. Apabila kita mati, kita takkan sibuk memikirkan tentang perkara tersebut sebab urusan itu telah jatuh ketangan waris kita.


Andaian kita hendaklah dibetulkan. Jgn jadi seperti orang tua-tua yang sibuk pikir "Kalau aku mati siapalah yg akan tinggal di rumah aku ni, tak sempat aku nak lihat anak dara aku kahwin, tak sempat aku timang cucu dll". Tidak ada penyesalan di hati tentang amalan yg masih sedikit, hati yang masih kotor, dosa yang menggunung dan masih belum diampunkan. Seeloknya ketika sihat hendaklah kita banyak takut Allah (dengan menangis) daripada banyak harap (harap masuk syurga tanpa ibadah).

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.


http://blogustazsufi.blogspot.com/search/label/tarekat

MEMAAFKAN AGAR DIMAAFKAN


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Kita manusia dikurniakan hati.Dan kita juga hidup tidak seorang.Ada orang lain di sekeliling kita.
Apabila kita hidup bermasyarakat,tidak dinafikan,pasti akan ada hati yang terluka dengan perbuatan pihak yang lain.Itu adalah normal.Dan adalah normal untuk kita marah atau terasa dengan perbuatan orang lain.

Tetapi,kita sebagai umat Islam,tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain,kita tidak boleh menyimpan dendam.

Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?

Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka,tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka,kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya,memanglah payah untuk kita memaafkan kesilapan orang lain.Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil.Tapi,janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan itu lebih baik dari berdendam.

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Bahawa Allah berfirman maksudnya;

"Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya."

"Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya."

"Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan."

Di sini dapat kita lihat,betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.

“Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar- besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.”

“Aduh, kecilnya kesalahan manusia dengan manusia berbanding dosa antara manusia dengan yang Maha Esa. APAKAH ALASAN KITA UNTUK TIDAK MEMAAFKANNYA?? “

“Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.”

“Maafkan dosa sesama kita, insan yang hina ini, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya nanti. Allah Maha Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. MAAFKANLAH AGAR DIMAAFKAN.”

Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.

“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]

dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.

Kesimpulannya,jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar,bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

Ya,mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan,tetapi cuba jangan berdendam.Cuba kita belajar memaafkan.Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka.

Dan adalah lebih mulia bagi kita jika kita mendoakan semoga Allah mengubah hatinya menjadi orang yang lebih sempurna peribadi/akal.

Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT dan dikekalkan petunjuk dan hidayah Allah SWT kepada diri kita.

http://baikiminda.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...